Assalamualaikum 2014
Tuesday, 11 February 2014 | 02:17 | 0 ChickyCherry
Tapi bukan menuduh. Just said based on true story. Hidup kita nie terlalu boros untuk duniawi. Beli barang-barang yang tak penting. Sibuk sangat nak bermegah. Tapi habuk pun takde. Hanya sekadar hendak menunjuk-nunjuk. Sindrom apakah ini? Lepas tuh bila kita beli barang-barang yang branded sikit je, mulalah mulut org mengata. Mulut orang nie tak macam mulut tempayan. Agak-agak bising sikit je, nahh ambik kau diam. Dah kalau mulut orang takkan kau nak sumbat guna tudung tempayan ye dakk? Then bila dah jadi macam tuh mula lah nak musuh-musuh. Padahal baru buat azam baru nak hidup diberkati. Haishh
Rasa macam pelikkan, tapi itulah kenyataan ye. Hanya kerana satu benda sibuk di heboh-hebohkan. Sbb tuh Islam menyuruh umatnya hidup bersederhana mengikut kemampuan. Sometimes betul jugak kita nie perlukan bende-bende yang baru, yelah takkan beg, baju, kasut dah koyak pun nak pakai lagi kan. Tapi bergantung jugak dkt niat tuh. Masa nak beli barang tuh mesti kompem ade terdetik dkat hati "kalau aku beli nie, agak- agak si polan tuh tengok tak barang aku yang mahal nie". Mostly adakan. Even saya. Tapi cuba kita ubah niat tuh dan ingat Tuhan. Kompem hilang!